SIBU: Bandar Sibu kini menjadi tumpuan rakyat di Negara ini dengan kerja-kerja persiapan untuk Sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 September ini giat dilakukan.

Tinjauan yang dilakukan sehingga kini mendapati-kerja kerja persiapan dilakukan dengan lancar.

Raptai Sambutan Hari Malaysia 2020 akan diadakan pada malam ini dan turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Bertemakan Malaysia prihatin, sambutan yang diraikan di stadium tertutup Sibu itu turut akan dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Datuk Abang Openg.

Bagi mengekalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengekang penularan COVID-19 sambutan pada kali ini diadakan secara tertutup dan disiarkan secara langsung menerusi Ukas Facebook, Tv1, Sarawak Event Facebook, Astro Awani, Jabatan Penerangan Facebook dan Tv Sarawak.