KOTA KINABALU: Selaras dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS Sabah tidak bertanding dan memberikan laluan dalam PRN Sabah kali ini, Muktamar PAS yang berlangsung pada 13 September 2020 secara konsesus bersetuju ia bukan bermakna PAS akan ‘bersara’ dari politik Sabah, sebaliknya ia sementara sahaja.

Menurut Datuk Takiyuddin Hassan, langkah yang diambil oleh PAS adalah semata-mata bagi menjayakan hasrat semua parti pembangkang mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang boleh menguntungkan pihak lain dalam PRN ini.

“Ia dibuat setelah PAS mengadakan perbincangan hati ke hati atas konsep solidariti pembangkang antara semua parti-parti yang ada di Sabah iaitu Barisan Nasional, Bersatu, Star, PBS dan SAPP,” katanya.

“Sehubungan itu PAS Sabah dibantu oleh PAS Malaysia akan tetap menggerakkan Jentera Pilihan Rayanya atas kapasiti ‘tidak bertanding’, namun akan memastikan semua pengundi PAS keluar mengundi bagi menyokong calon-calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

PAS tidak bertanding pada PRN Sabah kali ini yang akan berlangsung pada 26 September ini.