PARIS: Kehadiran lalat ketika kita sedang menikmati makanan amat menjengkelkan.

Seorang lelaki yang geram dengan serangga ini bagaimanapun terpaksa menanggung kerugian besar apabila bahagian dapurnya terbakar ketika dia cuba membunuh lalat yang mengganggunya.

Lelaki berusia 82 tahun itu baru sahaja mula makan di rumahnya yang terletak di Kampung Parcoul-Chenaud apabila dia diganggu seekor lalat.

Gara-gara tidak tahan dengan bunyi dan pergerakan lalat itu dia mengambil raket lalat eletrik tanpa menyedari silinder gas di dalam rumahnya bocor.

Reaksi antara raket lalat elektrii dengan gas bocor itu menyebabkan satu percikan dan menghasilkan satu letupan yang memusnahkan bahagian dapurnya dan merosakkan sebahagian daripada atas rumahnya.

Lelaki itu bernasib baik kerana sempat keluar dari dapurnya tanpa sebarang kecederaan serius.

Dia hanya melecur di bahagian tangan dan sibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan keadaan rumahnya yang tidak selamat didiami dia terpaksa menumpang di sebuah kem sementara.

Ketika ini keluarganya sedang membaiki rumahnya.