DELHI: Selepas 19 jam tertanam dalam insiden runtuhan bangunan di Mahad, bahagian Maharastra, India pasukan pencari dan penyelamat (SAR) berjaya menarik keluar kanak-kanak berusia 4 tahun yang ditemui masih hidup.

Penemuan kanak-kanak itu disambut gembira oleh pasukan SAR dan orang ramai yang berkumpul di sekitar kejadian.

Kanak-kanak itu kelihatan bingung dan badannya dipenuhi debu runtuhan.

Dia juga hanya mengalami luka ringan. Ibu kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dunia dalam insiden tersebut dan mayatnya merupakan di antara 20 mangsa yang ditemui.

Pangsapuri lima tingkat yang didiami sekitar 200 penghuni dikatakan roboh selepas kawasan itu dilanda hujan lebat dan ketika kejadian puluhan penghuni berada di dalamnya.