MUKAH: Selain daripada Pesta Kaul, Mukah mempunyai banyak lokasi dan budaya yang perlu diketengahkan dalam kalendar pelancongan di Malaysia.

Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir telah melakukan lawatan bersama pasukan petugas pelancongan ke sekitar Mukah dan Dalat semalam.

Antara petugas pelancongan yang turut serta ialah dari Kementerian Pelancongan Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Jabatan Muzium Sarawak, Sarawak Tourism Board, Sarawak Tourist Guide Representative, Pengusaha produk pelancongan dan kakitangan Kerajaan di Bahagian Mukah.

Lawatan tersebut merangkumi tempat membuat tapow di Kampung Tanam Seberang, Dalat, tempat membuat sagu di Kampung Medong, Waterfront Kampung Brunei Dalat, Mesyuarat Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian Mukah Bil.1/2020, Lamin Dana Kampung Tellian dan Muzium Sapan Puloh Kampung  Tellian.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan produk tempatan berupa kraftangan, makanan dan tempat-tempat menarik kepada para pelancong seterusnya mempromosikan Mukah sebagai destinasi pelancongan tempatan. 

Residen Mukah Lawat Destinasi Potensi Pelancongan MukahMUKAH : Selain daripada Pesta Kaul, Mukah mempunyai banyak…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Monday, September 14, 2020