RIYADH: Arab Saudi mengumumkan rancangannya membenarkan semula ibadah umrah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Sebelum ini Riyadh menangguhkan umrah sepanjang tahun sejak Mac.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri pada Ahad mencabut sebahagian penangguhan penerbangan antarabangsa mulai Selasa selepas mengenakan sekatan perjalanan akibat Covid-19.

Akhir Julai lepas Arab Saudi Hanya membenarkan 10,000 jemaah melaksanakan ibadah haji tahunan berbanding 2.5 juta pada 2019.

Terdapat 325,651 kes Covid-19 di Arab Saudi dengan 4,268 kematian.