KUCHING: Senarai calon yang akan bertanding semasa Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diputuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg nanti.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantaun Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pemilihan itu merupakan hak yang ada pada Ketua Menteri sebagai Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Mereka yang dicalonkan nanti akan bekerja dan berusaha yang terbaik untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Baik Pulih Surau Darul Nur Dini, Kampung Sungai Midin, di sini Ahad.

Ditanya mengenai saingan daripada parti lawan, Hasidah berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk menghadapi persaingan dengan pihak lawan.

“Bukan wakil rakyat sahaja, malah ahli parlimen sentiasa turun padang untuk membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya, setakat ini, banyak perubahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan GPS khasnya di kawasan Samariang.

“Justeru, penduduk di sini juga bijak untuk menilai dan tahu pihak yang perlu disokong untuk membangun dan mentadbir kawasan Samariang,” katanya.

13/9 PRN-12: Pemilihan calon bertanding hak Ketua MenteriKUCHING: Senarai calon yang akan bertanding semasa Pilihan…

Posted by Jiwa Bakti on Sunday, September 13, 2020