LIMBANG: Masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak akan terus menikmati pembangunan bagi merapatkan jurang pembangunan di kedua-dua kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Ak Gumbang berkata, Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menyalurkan pembangunan di negeri ini termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau.

“Kerajaan Sarawak akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memaju dan menjaga kebajikan rakyatnya.

“Ini dapat dilihat menerusi agihan projek-projek pembangunan yang diberikan ke setiap kawasan sehingga ke pelusuk kampung.

“Projek pembangunan ini yang dinikmati penduduk Kampung Ensurai seperti jalan raya, bekalan elektrik, gereja dan gelanggang sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gotong-Royong Menyimen Jalan Ke Bangunan KEMAS di Rumah Helen, Kampung Ensurai pada Sabtu.

Ujar Paulus lagi, beliau telah menyalurkan geran dan peruntukkan sebanyak RM10,000 kepada setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita setiap kampung dan rumah panjang untuk menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan membeli keperluan penduduk kampung.

Pada majlis itu, Paulus telah menyerahkan cek tambahan bernilai RM20,000 bagi menampung kos pembinaan rumah JKKK Kampung Ensurai.

Hadir sama Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Batu Danau Jangan Bakar, Tuai Rumah Unong Ak Ketit dan Tuai Rumah Stephen Ageh.

Jurang Pembangunan Di Bandar Dan Luar Bandar DirapatkanLIMBANG: Masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar di…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Sunday, September 13, 2020