KAPIT: Dua wanita warga emas dibantu anggota bomba untuk dipindahkan selepas kediaman mereka di Rumah Philimon, Asal Bawai Kapit dinaiki air pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Sia Bujang dan Kupa Pedang masing-masing berusia 80-an.

“Selain itu, pasukan bomba turut membantu memindahkan seorang penjaga kepada warga emas berkenaan.

“Kesemua mereka dihantar ke pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bawai,” katanya.

Terdahulu sekitar jam 11 malam tadi, pasukan bomba membantu memindahkan seorang wanita warga emas ke rumah saudara terdekat di Kampung Baru Kapit.

“Mangsa, Fatimah Merais berusia 76 tahun bersama-sama anaknya dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya.