KUCHING: Kerajaan akan terus melaksanakan projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.7 Samariang, dengan mengutamakan projek yang dipohon oleh masyarakat dan mendapat maklum balas daripada pemimpin tempatan.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantaun Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, masyarakat perlu memberi kerjasama baik kepada kerajaan dan pemimpin tempatan untuk menyediakan dan merancang projek yang diterima berdasarkan maklum balas itu.

“Sekiranya ada masalah tertentu di kawasan kampung, pihak sama ada kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO), perlu bekerjasama untuk memperbaiki  dan menyalurkan bantuan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pada perasmian Baik Pulih Surau Darul Nur Dini, Kampung Sungai Midin, di sini Ahad.

Hasidah berkata, projek baik pulih surau itu di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang berjumlah RM100,000.

“Jumlah tersebut digunakan untuk membaik pulih lantai surau, bumbung, tempat berwuduk, tingkap, pintu dan sebagainya,” katanya sambil menambah, pelaksanaan projek itu adalah hasil kerjasama baik antara rakyat, NGO dan kerajaan.

Terdahulu, Hasidah berkata, beliau turut memberi geran kepada Ahli Jawatankuasa  (AJK) Surau Darul Nur Dini berjumlah RM10,000 untuk membuat pelbagai aktiviti.

“Geran ini akan diberikan setiap tahun. Apa yang penting, AJK surau perlu memantapkan lagi pengurusan kewangan untuk kebaikan surau sekali gus dapat memberi manfaat kepada penduduk,” katanya.

Hasidah menyaksikan penyerahan replika cek sumbangan berjumlah RM1, 500 daripada Bank Rakyat kepada AJK Surau Nur Dini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Bank Rakyat, Ithnen Yaman kepada Pengerusi AJK Surau Nur Dini, Mahadi Masimon.

13/9 Capai persefahaman demi kelancaran projekKUCHING: Kerajaan akan terus melaksanakan projek pembangunan di kawasan…

Posted by Jiwa Bakti on Sunday, September 13, 2020