Tuesday, June 28, 2022

Kawasan pedalaman di Betong akan dimajukan 

Secara Rawak

BETONG: Kawasan pedalaman di Betong akan terus dimajukan dengan pelaksanaan projek Agropolitan Bukit Sadok.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kawasan selain itu pula akan dimajukan dengan pelaksanaan ‘Food Basket’.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Saban menepis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan GPS merampas tanah melalui pelaksanaan perimeter survei dan pewartaan di bawah Seksyen 6.

Sebaliknya beliau menegaskan semua tanah di kawasan tersebut telah dikenalpasti dan telah diwartakan di bawah Seksyen 6 namun tidak dirampas seperti dakwaan tersebut.

Tegas beliau, selepas ini proses pengukuran lot individu di bawah Seksyen 18 akan dirancang.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Program Merdeka @ Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Daerah Betong Sabtu.

Menjelas lanjut, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari telah meluluskan peruntukan berjumlah RM9 juta untuk projek naik taraf jalan raya dari Simpang Nanga Tiga ke Penebak Ulu.

Katanya, Ketua Menteri juga akan hadir di Betong pada 26 September ini untuk merasmikan mini Konvensyen PBB dihadiri 14 cawangan PBB dari Sebuyau hingga ke Lingga.

Sementara itu, Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat berkata banyak program pembangunan telah dirancang di kawasan itu tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  

Kawasan pedalaman di Betong akan dimajukan dengan pelaksanaan Agropolitan Bukit SadokBETONG: Kawasan pedalaman di…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Saturday, September 12, 2020

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru