KUCHING: Tidak benar adanya usaha pemberian pelitup muka bersalut bahan kimia dari rumah ke rumah sebagaimana ditularkan di media sosial WhatsApp.

Memetik laporan akhbar tempatan, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, tidak wujud buletin yang diviralkan itu dan menegaskan mesej yang diviralkan itu sebagai palsu.

Sebelum ini tular kenyataan palsu meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga terhadap aktiviti penjenayah yang menyamar sebagai individu daripada pemerintah tempatan memberikan pelitup muka bersalut bahan kimia untuk melakukan rompakan di kawasan perumahan.

Aidi menggesa orang ramai tidak panik serta mendapatkan kesahihan berita dari mana-mana balai polis berdekatan sebelum berkongsi menyebarkan mesej viral.