IRELAND: Grainne Kealy meletakkan kedua-dua kakinya di papan pemuka kereta milik teman lelakinya apabila kereta tersebut terlanggar seketul ais besar dan terus menghentam dinding di hadapan mereka.

Ketika kejadian kereta itu dipandu pada kelajuan 120 kilometer sejam.

Nahas itu menyebabkan beg udara kereta terkeluar dan menolak lutut Grainne ke bahagian mukanya. Ekoran nahas itu wanita tersebut tidak lagi mempunyai dahi.

Grainne baru berusia 22 tahun ketika itu dan doktor terpaksa mengalih dahinya. Dia dikejarkan ke hospital dengan kecederaan teruk pada bahagian muka dan dia juga mengalami kebocoran cecair serebrospinal dari otaknya yang memerlukan rawatan pakar bedah saraf di Hospital Beaumont Dublin.

Doktor memberitahu mukanya tertolak ke dalam dan mereka terpaksa menarik keluar muka saya.

Biarpun pembedahan itu berjaya, namun Grainne masih mengalami pelbagai kompilasi dan dahinya juga terpaksa dikeluarkan.

Menurut Grainne, yang berasal dari Laois, Ireland sejak dahinya tiada wajahnya nampak pelik.

Wanita itu yang kini sudah berusia 36 tahun memberitahu sehingga kini dia masih belum pulih sepenuhnya.

Pada 2009, doktor memasang dahi ceramik untuk mengantikan dahi asalnya dan biarpun dia juga sudah menjalani pembedahan plastik, namun kesan sampingan akibat kemalangan itu masih dirasainya.

Menurut Grainne,kadang-kadang semasa bercakap dia tiba-tiba terlupa apa yang dikatakan olehnya dan ia biasanya berlaku 20 kali dalam sehari.