PETALING JAYA: PKR bertanding hanya tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akur dengan keputusan Warisan Plus itu.

Memberitahu Bernama, Anwar meminta ahli PKR Sabah akur dengan keputusan dan menerima kenyataan itu.

PKR rakan sekutu Warisan Plus selain Dap, Amanah, Upko dan Warisan.

Bagi Anwar, PKR mahu memastikan kemenangan rakan sekutu dalam Warisan Plus dan tujuh kerusi ditandingi PKR.

Menurut beliau semua Ahli Parlimen dan pimpinan negeri PKR di Semenanjung dan Sarawak turut membantu jentera pilihan raya parti di Sabah pada PRN itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR Sabah Simsudin Sidek mengumumkan PKR bertanding 14 kerusi.

Namun, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis pengumuman calon PRN Sabah memaklumkan PKR diberi tujuh kerusi; Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias dan Sook.

Pada PRU-14 yang lepas 2018, PKR menang dua daripada lapan kerusi Dun ditandingi iaitu Api-Api dan Inanam.