Pesawat tentera AS didakwa menggunakan kod transponder menyamar sebagai pesawat Malaysia secara elektronik.

Tindakan dikatakan dilakukan pesawat terbabit sewaktu mengintip pangkalan tentera China.

Dakwaan diterbitkan majalah sains dan teknologi AS sendiri Popular Mechanics yang memetik kenyataan pakar China.

Memetik The Star: “Nombor Mode-S Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pesawat, pengecam 24-bit yang diberikan kepada semua pesawat dan disiarkan oleh transponder onboard ialah AE01CE.

“Satu ketika nombor Mode-S pesawat berubah dari AE01CE menjadi 750548, itu nombor ICAO pesawat Malaysia.”

Pesawat pengintip RC-135W Rivet Joint dikatakan terbang dari Pulau Hainan, 90 kilometer dari daratan China.

Pasukan pakar China berkongsi tayangan skrin berkaitan yang menunjukkan RC-135W berlepas dari Pangkalan Udara Kadena, pangkalan Tentera Udara AS di Pulau Okinawa.

Ia terbang ke barat daya, kepulauan Ryukyu melalui Taiwan ke arah pantai Pulau Hainan.