Sunday, December 5, 2021

Malaysia Book Of Record iktiraf Projek Sarawak Pride

Secara Rawak

KUCHING: Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) dan Sarawak Development Institute (SDI) berjaya menjadikan projek Sarawak Pride mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai “Most Number of ‘Unity’ Short Stories”.
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Sarawak telah menyempurnakan anugerah Malaysia Book Of Record (MBOR) kepada Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) di Kuching, semalam.
Dalam amanat ringkasnya, beliau menyeru rakyat di neegri ini terus mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Sarawak.
Hadir sama adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Sarawak, Datuk Wan Ali Yubi, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Sarawak Development Institute (SDI), Datuk Amar Jaul Samion dan Pemgerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Ismail.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru