BEIRUT: Berlaku kebakaran di Beirut di sebalik sisa dan runtuhan pelabuhan yang hanya beberapa minggu berlaku ledakan yang memusnahkan kawasan tersebut.

Tentera Darat Lubnan mengesahkan asap hitam dan api merah menyala dari runtuhan bangunan di sebalik terbakarnya tayar bahan lain.

Petugas bomba serta helikopter tentera bergegas ke tempat kejadian memadamkan api.

Penduduk yang panik membuka jendela memberitahu kebakaran terbaharu itu, sementara pekerja dipindahkan dari bangunan.

Jalan utama dekat pelabuhan turut ditutup.

Jurucakap polis Kolonel Joseph Msalam mengatakan mereka tidak memiliki maklumat berkaitan kejadian terbaharu itu yang berada dalam kawalan tentera.