KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat agar terus kekal berjaga-jaga ekoran meningkatnya jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 kepada 100 kes pada Selasa berbanding 62 pada Isnin.

Muhyiddin merujuk kenyataan pakar perubatan dan WHO bahawa selagi vaksin belum dijumpai, keselamatan rakyat belum lagi terjamin.

Berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Bersatu pada Selasa malam, Muhyddin berkata kerajaan mengambil tindakan menguruskan perihal berkaitan vaksin dengan kerjasama dijalin dengan negara pengeluar bagi memastikan bekalan mencukupi untuk rakyat negara ini pada masa akan datang.