ROM: Ketua mafia Sicily, dari kumpulan Cosa Nostra, Giuseppe Fanara, 60, yang berada di penjara Rebibbia menyerang tujuh pengawal pada Jun lalu ketika mereka memeriksa biliknya.

Sebelum itu, Fanara yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dilaporkan bertengkar dengan seorang pengawal penjara dengan dia lalu menggigit dan menelan jari pengawal tersebut.

AFP memetik akhbar Itali Il Messagero, Fanara menyerang enam pengawal dengan penyapu sambil didakwa menjerit, “saya kelar leher kamu seperti babi”.

Fanara sudah menjalani hukuman penjara sembilan tahun di bawah kawalan ketat ’41-bis’ yang biasanya dikenakan terhadap anggota mafia dengan mengasingkan ketua gengster bagi mengelak mereka mengawal kumpulan masing-masing dari dalam penjara.

Fanara kini berdepan pertuduhan baharu, menyerang dan menentang penahanannya dengan ditempatkan di penjara sekuriti tinggi Sassari di Sardinia.