KUCHING: Penganggur mengugut mencederakan isterinya dengan kerambit didenda RM3,000 atau lima bulan penjara.

Majistret Zaiton Anuar mengarahkan lelaki berusia 29 tahun dari Siol Kandis itu didenda setelah mengaku bersalah mengugut isterinya berusia 23 tahun, 8 malam di rumah mereka di Tabuan Cemerlang 1 September lalu.

Ketika kejadian suspek menunjukkkan sebilah kerambit sambil berkata, “Kau mok tokkah?”.

Suspek dikatakan bertindak demikian semasa bergaduh meminta isterinya semula ketika mereka dalam proses penceraian.