KUCHING: Jurucakap Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataannya berkata, paras air Sungai Rajang yang naik mendadak menyebabkan penempatan rendah dinaiki air.

Kenyataan menyebut banjir berlaku tiada kaitan dengan pelepasan air daripada Empangan Hidroelektrik Bakun.

Menurut kenyataan tersebut, operasi pelepasan air terkawal daripada takungan empangan sudah dilakukan pada 9 Ogos dan berakhir 22 Ogos lalu.

Selepas 22 Ogos lalu, tiada lagi pelepasan air terkawal daripada empangan berkenaan kecuali pengaliran air secara normal.

Kenyataan menyebut: “Banjir berlaku disebabkan hujan lebat di hulu sungai dan bertembung pula dengan air pasang besar.

Bagi SEB, pihaknya mempunyai pasukan berdedikasi memantau paras air di takungan dan hilir sungai setiap hari serta memberi nasihat sekiranya ada keperluan untuk pelepasan air terkawal dengan berbincang dengan Lembaga Sungai Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS).

Bahkan, menurut SOP, bagi sebarang operasi pelepasan, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan serta orang awam dimaklumkan sekurang-kurangnya dua hari lebih awal.