SRI AMAN: Seramai 40 peserta menyertai Program Jangkauan Pengembangan Komuniti Pertanian (AgriCOP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga di Stumbin, hari ini.
Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, kursus tersebut sangat berguna kerana ia memberi pendedahan serta ilmu pertanian untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat tani khususnya di Stumbin.
Dalam program tersebut, para peserta telah mendengar beberapa ceramah daripada pihak Jabatan Pertanian Daerah Sri Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selain itu, seramai 25 orang warga emas telah menerima Kenyalang Gold Card (KGC) daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.