KUALA LUMPUR: Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, terdapat 31 penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Melalui jawapan bertulis, bagi menjawab pertanyaan lisan Senator Datuk Paul Igai di persidangan Dewan Negara pada Selasa, KKM menyatakan bahawa penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh bakteria, virus, parasit atau fungus.
Disamping itu, jelas KKM terdapat 10 jenis vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit, di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.
Untuk makluman, vaksin bertindak meningkatkan seseorang terhadap penyakit berjangkit secara khusus.
Dalam kenyataan sama, penyakit-penyakit yang masih belum ada vaksin menurut KKM adalah seperti Chancroid, Demam Denggi, Disenteri, Ebola, Leptospirosis, Kusta, MERS-CoV, Malaria, HEMD dan juga Covid-19.