TEL AVIV: Green Drone kumpulan penyokong jualan ganja di Israel “menghujani” Rabin Square, Tel Aviv dengan ganja yang dijatuhkan dari pesawat minggu lepas.

Memetik AFP, wearga Tel Aviv berkumpul ketika bungkusan ganja tersebut dijatuhkan.

Sebelum ini Telegram Green Drone mengumumkan tindakan menaburkan ratusan bungkusan ganja seberat 2 gram dari pesawat setiap minggu.

Bagaimanapun minggu lepas, pihak berkuasa menahan dua orang yang disyaki menjadi operator pesawat peribadi tersebut.

Ketika ini, Israel hanya membenarkan penggunaan ganja untuk perubatan.