PARIS: Warga emas Parcoul-Chenaud, 80-an di desa Parcoul-Chenaud hendak menikmati makan malamnya ketika seekor lalat terbang berdekatan.

Dia mencapai reket elektrik, pembunuh serangga.

Ketika dia memukul lalat dengan reket elektrik itu, terdapat tong gas bocor di dapurnya.

Tindak balas reket elektrik dengan gas menyebabkan berlakunya ledakan yang menghancurkan dapur dan sebahagian bumbung rumahnya.

Warga emas itu bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan dia melecur pada bahagian tangan.