Tuesday, August 16, 2022

ADUN Tarat dekati golongan belia

Secara Rawak

TARAT: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Tarat meluangkan masa untuk menghadiri Program Santai Belia Cawangan Tarat Siri 3 di Borneo Empurau Farm & Resort.

Program ini dibuat bagi mengumpul dan mendapat maklum balas daripada golongan belia berkenaan inspirasi dan aspirasi mereka.

Ini kerana golongan belia bakal menjadi peneraju dan pemimpin negara pada masa hadapan.

Program sama juga memberi peluang kepada belia untuk meluahkan pendirian, pemikiran, cadangan dan persoalan yang mereka alami secara terus dengan wakil rakyat mereka.

Program Santai Belia siri ketiga ini melibatkan belia di dua Zon iaitu Zon Tarat melibatkan Kampung Tarat Mawang, Tarat Melawi, Tarat Sibala, Munggu Lalang, Baru, Bunga, Igom dan Zon Ampungan membabitkan Kampung Ampungan, Sebangkui, Sebemban, Munggu Kopi, Tanah Puteh dan Rayang). 

Program Santai Belia Dekatkan Wakil Rakyat Dengan BeliaTARAT: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Monday, September 7, 2020

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru