Angka kematian global akibat Covid-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Worldometers menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat Covid-19 kini mencecah 887,305.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 193,000 kes dengan 6.46 kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan angka korban 126,686, India lebih 71,000 dan Mexico lebih 67,000.

Brazil merekodkan lebih 4.1 juta kes jangkitan manakala India 4.2 juta kes jangkitan.

Turut mencatatkan angka korban yang tinggi ialah United Kingdom dengan lebih 41,000 kes.

Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,000 kes dan 30,000 kes.

Manakala Sepanyol dan Peru berkongsi 29,000 angka kematian.