KIEV: Wanita disenarai hitam dan dilarang memasuki semua pesawat selepas dia ditemui berjalan keluar dari pesawat dan duduk mengambil angin di bahagian sayap pesawat.

Syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine memberitahu wanita itu membuka pintu kecemasan dan duduk di bahagian sayap pesawat tersebut sebaik sahaja pesawat dinaikinya mendapat di Kiev.

Ibu dua anak itu dikatakan mengadu berasa panas sebaik sahaja pesawat mendarat dalam penerbangan dari Turki.

Dia kemudiannya membuka pintu kecemasan pesawat Boeing 737-86N dan terus menuju ke bahagian sayap untuk mengambil angin.

Seorang penumpang memberitahu selepas pesawat itu berhenti dan sebahagian penumpang sudah keluar ketika wanita itu berjalan dari tempat duduknya di barisan belakang menuju tempat duduk di barisan kecemasan dan membuka pintu kecemasan sebelum berlalu keluar ke arah sayap pesawat.

Dua anaknya sudah keluar dari pesawat dan mereka di atakan terkejut melihat ibu mereka duduk di sayap pesawat tersebut.

Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil di Kiev mengesahkan insiden itu dan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukrain memberitahu wanita itu disenarai hitam dari melakukan sebarang penerbangan.

Dia disenarai hitam kerana melanggar peraturan dan tingkah laku keselamatan penerbangan dalam pesawat.

Pihak penerbangan juga menyarankan supaya wanita itu didenda kerana perbuatannya itu.