COLOGNE: Polis di North Rhine-Westphalia, Cologne menerjah kawasan kejiranan di Cologne-Neuehrenfeld selepas menerima beberapa aduan membabitkan bunyi tembakan di kawasan itu.

Sebaik sahaja tiba mereka mengepung dua bangunan yang dikatakan tempat bunyi tembakan itu kedengaran.

Mereka kemudian memeriksa semua pangsapuri, namun yang ditemui menyebabkan polis terkesima.

Sebelum itu mereka meminta bantuan pakar kunci membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, semua sangkaan buruk lenyap begitu sahaja sebaliknya ia mengundang kelucuan. Mereka menemui penghuni pangsapuri itu tidur di hadapan televisyen.

Dia menonton filem aksi dan peti suaranya dibuka dengan begitu nyaring. Setelah disiasat lelaki itu hanya menumpang di pangsapuri itu dan dia dibawa ke balai polis untuk disoal saisat.
Selepas identitinya dikenal pasti dia dibenarkan kembali ke pangsapuri tersebut.