Saturday, June 25, 2022

Guru wanita maut ketika dalam perjalanan ke sekolah di Baram

Secara Rawak

MIRI: Seorang guru wanita maut selepas terlibat dalam satu kemalangan sewaktu dalam perjalanan hendak ke sekolah tempat bertugas petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa yang maut dikenali sebagai Nur Anisah Binti Othman, 29 tahun. Mangsa bersama-sama empat yang lain ketika kejadian menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda dan telah terjatuh ke dalam gaung akibat jalan raya yang licin.

Mangsa berasal dari Bukit Mertajam Pulau Pinang dan baru sahaja tamat tempoh kuarantin di salah sebuah hotel di Miri dan dalam perjalanan balik ke Sekolah Kebangsaan Lio Mato Baramlapor. Tragedi dilaporkan berlaku di jalan balak berhampiran dengan Kampung Long San, Baram.

Jenazah mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Long San, Baram dan seterusnya dibawa ke Hospital Miri.

Mangsa sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak yang masih kecil sementara suaminya bekerja di Semenanjung Malaysia.

Tiga lagi penumpang dalam kenderaan berkenaan bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian tersebut.

Pengarah Pendidikan Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan seluruh warga Pendidikan Sarawak mengutus ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru