KES jangkitan baharu Covid-19 dunia terus meningkat kepada lebih 300,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif global mencecah angka 26.77 juta kes.

Data terbaharu Worldometers  menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.38 juta kes jangkitan.

Kes kematian pula ialah lebih 192,000.

Ini diikuti Brazil dengan 4.09 juta kes dengan lebih 125,000 kematian, manakala India merekodkan 4  juta kes dengan lebih 69,000 kematian.

Jangkitan Covid-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes setakat pagi ini dengan lebih 17,000 kematian.

Sementara itu, Peru, Afrika Selatan, Columbia dan Mexico melepasi angka setengah juta kes.

Peru merekodkan lebih 670,000 kes, Colombia lebih 650,000 kes, Afrika Selatan lebih 635,000 kes, dan Mexico lebih 616,000 kes.

Enam negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Sepanyol, Chile, Argentina, Iran, United Kingdom, Perancis, Arab Saudi dan Bangladesh.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan, Turki, Itali, Jerman, Iraq dan Filipina.