Sunday, June 26, 2022

Qaira Syazia juara melukis di Mukah

Secara Rawak

MUKAH: Peserta yang mewakili Prasekolah Pededak SK Kampung Tellian, Qaira Syazia binti Rano berjaya mengalahkan pesaing lain dalam Pertandingan Melukis dan Mewarna Karnival Prasekolah Secara Maya Tahun 2020 Peringkat Daerah Mukah.

Selain kemenangan itu, Qaira juga membantu Prasekolah Pededak menjadi Johan bagi Pertandingan Tarian.

Dalam pada itu, Prasekolah Pededak juga mendapat Naib Johan kategori Public Speaking, Special Talent dan Pengucapan Awam. Manakala, memperolehi tempat Ketiga bagi acara Story Telling, Bercerita Bahasa Melayu dan Nyanyian Solo.

Sebagai rekod, Prasekolah Pededak memperolehi semua tempat podium dalam setiap acara yang disertai dalam karnival tersebut.

Sebanyak 52 jumlah penyertaan daripada 14 buah prasekolah di daerah ini yang menyertai karnival pada kali ini.

Johan setiap kategori layak bertanding di Karnival Prasekolah Secara Maya Tahun 2020 Peringkat Negeri Sarawak. Manakala, bagi pemenang yang berjaya di peringkat negeri akan mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam pertandingan Sarawak Preschool Kids Got Talent (SPKGT) Edisi Ketiga Tahun 2020 anjuran Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru