Sunday, June 26, 2022

Prasekolah Pededak SK Kpg Tellian juara

Secara Rawak

MUKAH: Merangkul dua johan, tiga naib johan dan tiga tempat ketiga dalam kategori yang dipertandingkan membolehkan prasekolah Pededak SK Kampung Tellian dinobatkan juara keseluruhan Karnival Prasekolah Secara Maya Tahun 2020 Peringkat Daerah Mukah.

Prasekolah Pededak menjadi johan bagi Pertandingan Tarian dan Pertandingan Melukis dan Mewarna. Mendapat naib johan kategori Public Speaking, Special Talent dan Pengucapan Awam. Manakala, memperolehi tempat ketiga bagi acara Story Telling, Bercerita Bahasa Melayu dan Nyanyian Solo.

Sebanyak 52 jumlah penyertaan daripada 14 buah prasekolah di daerah ini yang menyertai karnival pada kali ini.

Johan setiap kategori layak bertanding di Karnival Prasekolah Secara Maya Tahun 2020 Peringkat Negeri Sarawak.

Manakala, bagi pemenang yang berjaya di peringkat negeri akan mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam pertandingan Sarawak Preschool Kids Got Talent (SPKGT) Edisi Ketiga Tahun 2020 anjuran Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK).

Gambar : Kumpulan Penari Prasekolah Pededak SK Kampung Tellian Mukah merakamkan gambar kenangan setelah selesai rakaman tarian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru