KAPIT: Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM174 juta untuk pelaksanaan projek Jalan Raya Banjor ke Makut dan Nanga Makut Ke Nanga Engkuah di daerah Song.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merangkap Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, projek tersebut dikendalikan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA).

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi projek Jalan Nanga Makut/Nanga Engkuah, Katibas, Song di Song pada Selasa.

Jelasnya, pampasan yang diserahkan pada hari tersebut adalah peringkat pertama untuk dua kilometer (KM) pertama jalan Nanga Makut ke Nanga Engkuah untuk 18 orang penerima.

Projek dibahagi kepada dua pakej iaitu dari Nanga Banjor ke Nanga Makut sepanjang 12 KM dan Nanga  Makut ke Nanga Engkuah sepanjang 21 KM dengan peruntukan keseluruhan RM176 Juta. 

Selain itu, peruntukan RM24 juta juga diluluskan bagai pembinaan projek grid bekalan air di Jalan Song Temalat.

Datuk Nanta Linggi yang juga Timbalan Pengerusi URDA dalam ucapannya berharap penduduk yang terlibat dapat memberi kerjasama kepada URDA dan pihak kontraktor bagi memastikan kelancaran projek tersebut.

Beliau berharap projek itu siap dapat  meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan Sungai Katibas.

Sementara itu, ceramah kepenggunaan oleh KPDNHEP turut diadakan pada majlis yang sama.

Sebanyak RM174 Juta Diluluskan Untuk Projek Jalan Nanga Banjor/Nanga Makut dan Nanga Makut/Nanga Engkuah, SongKAPIT:…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Tuesday, September 1, 2020