BINTULU: Selepas 63 tahun mencapai kemerdekaan, telah banyak pembangunan yang telah dicapai termasuk di Sarawak.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, pembangunan dibawa secara berperingkat dan berterusan bagi memastikan masyarakat menikmati pembangunan seimbang.

“Kita akan terus mengecapi kemajuan hasil dari kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini. Keadaan inilah yang dibawa Kerajaan Sarawak bersama Kerajaan Persekutuan dalam memajukan Sarawak.

“Bagaimanapun, ada segelintir penghasut memberitahu kita gagal dari kemajuan, tetapi sekarang terbukti kita telah memaju sesebuah kawasan tersebut dengan jayanya,” katanya di Program Merdeka@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Segan pada Ahad.

Sebelum itu, Datuk Talib bersama rombongan telah berarak membawa bendera Jalur Gemilang bersama kanak-kanak mengayuh basikal yang dihiasi bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak.

Turut disampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Basikal Berhias sempena Hari Kebangsaan.

Hadir sama wakil Pengarah Penerangan Malaysia, Negeri Sarawak Robin bin Junang, Pemanca Hj Awg Merais Awg Ismail, Penghulu Hj Drahman Kawi, Penghulu Hj Drahman Sisi dan Ketua Kaum Kampung Kuala Segan Suhaili bin Meran. 

Sarawak Akan Terus Nikmati Pembangunan Berterusan – Datuk TalibBINTULU: Selepas 63 tahun mencapai kemerdekaan, telah…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Monday, August 31, 2020