BALINGIAN: Sambutan Hari Kebangsaan 2020 & Hari Belia Negara Peringkat Saberkas Cawangan Balingian menutup tirainya hari ini selepas diadakan selama tiga hari.
Majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Balingian merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Balingian, Abdul Yakub Arbi di Dewan Serbaguna Kpg. Masjid, Balingian.
Antara lain objektif program untuk mencungkil bakat-bakat dalam bidang digital, kepimpinan dalam kalangan ahli SABERKAS dan belia setempat, pemerkasaan era digital di masa kini dengan menerap nilai-nilai digital dan menyatupadukan ikatan perpaduan di kalangan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
Bagi memeriahkan program kali ini, turut dianjurkan pertandingan PUBG Challenge, SABERKAS Tiktok, Youth Colouring Challenge dan Pertandingan Tulis Kreatif & Menang.
Dalam ucapan perasmian, ADUN Balingian menekankan betapa pentingnya kerjasama di kalangan semua ahli masyarakat demi untuk menjamin perpaduan, keharmonian dan kemajuan negara.
Tembahnya, nilai-nilai murni sebegini seharusnya dipupuk bermula dari alam persekolahan kanak-kanak lagi.
Pada sebelah petang, Abdul Yakub sempat meluangkan masa merasmikan Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Bayan Tasik, Balingian.
Pertandingan anjuran Kelab Belia Bayan Tasik, Balingian itu disertai sejumlah 12 pasukan.
Abdul Yakub dalam ucapannya mengingatkan para belia untuk tidak terikut budaya yang tidak sihat dan sentiasa menjaga keharmonian di Sarawak.
Jelasnya, perpaduan yang dinikmati sekarang adalah hasil sikap toleransi rakyat dari pelbagai latar belakang.