SYDNEY: Seekor kucing akhirnya mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital.

Kucing bernama Elwood ini berkeliaran di Hospital Epworth di Richmond, Melbourne selama setahun sehingga menyebabkan ia amat sesuai menjadi pengawal keselamatan di situ.

Menurut Chantel Trollip, ahli patologi di hospital tersebut, ketika mula-mula berjumpa Elwood, ia tiada memakai kolar di tengkuknya.

Kira-kira dua bulan yang lalu apabila terserempak Elwood dia perasaan kucing itu memakai tag nama pada tengkuknya.

Pihak hospital juga mengesahkan kucing yang tinggal di hadapan hospital itu akan datang ke hospital itu, duduk di tepi pintu masuk dan menyambut kedatangan pesakit serta pekerja hospital setiap hari.

Telatahnya yang mesra dan manja memikat hati pasukan pengawal keselamatan yang kemudiannya memberinya tag nama dan menjadikannya pekerja di hospital tersebut.

Setiap petang apabila tugasnya selesai ia akan kembali ke rumahnya.