Sehingga awal pagi ini, jumlah kes dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia ialah 25.61 juta.

Menurut angka Worldometers, angka kematian pula akibat virus maut itu ialah 854,195.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dari segi jumlah kes dan kematian.

Angka jangkitan di negara Uncle Sam itu ialah 6.2 juta dengan 187,701 kematian.

Di tangga kedua ialah Brazil dengan 3.9 juta kes jangkitan dan 121,515 kematian.

Di tangga ketiga ialah India dengan 3.6 juta jangkitan dan lebih 65,000 kematian.

Menyusul di belakang India ialah Rusia dengan lebih 995,000 kes jangkitan dan lebih 17,000 kematian.

Berada di tangga kelima ialah Peru dengan lebih 647,000 kes jangkitan dan lebih 28,000 kematian.

Afrika Selatan berada di tangga keenam dengan lebih 627,000 kes jangkitan dan lebih 14,000 kematian.

Colombia di tangga ketujuh merekodkan lebih 615,000 kes jangkitan dan lebih 19,000 kematian.