NEW YORK: Kegembiraan seorang lelaki menerima barang dipesannya secara dalam talian bertukar berang apabila mendapati barang tersebut dikerumuni berdozen ulat.

Lelaki yang dikenali sebagai Ben Smithee itu memuat naik kisahnya di media sosial dan menunjukkan foto baju jenama terkenal bersama-sama ulat tersebut.

Lebih menjengkelkan lagi ulat-ulat itu masih hidup dan merayap di setiap sudut kotak tersebut.

Smithee memberitahu dia hampir muntah sebaik sahaja melihat ulat-ulat terbabit.

Dalam status di Facebook Smithee wmemberitahu jumlah ulat-ulat itu sekitar 25 ke 30 ekor.

Dia kemudian membuang ulat-ulat itu dari kotak tersebut dan cuba menghubungi syarikat penjual.

Smithee turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan servis khidmat pelanggan syarikat tersebut kerana dikatakan tidak mesra dan tidak efisien.

Pihak pengurusan syarikat dikatakan menghubunginya semula, memulangkan wang dan menggantikan barangan yang dibelinya.