Jumlah kes yang terkena jangkitan Covid-19 sehingga awal pagi ini ialah 25.15 juta. 

Manakala jumlah kes kematian di seluruh dunia adalah lebih daripada 845,000. Amerika Syarikat, menurut angka Worldometers, terus berada di tangga teratas.

Dari segi kes jangkitan, negara Uncle Sam itu mencatatkan lebih enam juta kes manakala dari segi kematian pula lebih 186,000 kes.

Berada di tangga kedua dari segi kes jangkitan ialah Brazil dengan 3.84 juta kes dan lebih 120,000 kematian.

Menyusul di belakang ialah negara 1.3 bilion jiwa, India dengan 3.53 juta kes dengan lebih 63,000 kematian.

Nombor empat ialah Rusia dengan lebih 985,000 kes jangkitan dan lebih 17,000 kematian.

Peru merekodkan lebih 639,000 kes dengan lebih 28,000 kematian.

Di tangga keenam ialah Afrika Selatan dengan lebih 622,000 kes dengan lebih 13,000 kematian.Negara yang merekodkan lebih setengah juta kes ialah Colombia dan Mexico.

Tiga negara merekodkan lebih 400,00 kes, iaitu Sepanyol, Chile dan Argentina.