NORTHAMPTONSHIRE: Sarjan Scott Renwick, dari Jabatan Polis Northamptonshire mengajar sekumpulan polis pelatih bagaimana memasang gari tangan apabila dia tergari tangannya sendiri.

Renwick, akhirnya terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Northamptonshire untuk memotong gari tersebut.

Dia berjalan sendiri ke balai bomba dan meminta anggota boma di situ memotong gari tersebut menggunakan pemotong besi.

Renwick kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba kerana menyelamatkannya dan memuat naik foto gari yang dipotong.

Jabatan Bomba turut memuat naik insiden itu di laman Twitter mereka dan ia menjadi bahan lucu dalam kalangan rakan sekerja Renwick dan pengguna Twitter lain.

Bagi Renwick biarpun dia tidak senang dengan insiden itu, namun dia tetap gembira kerana berjaya membuat orang ramai ketawa dan senyum pada saat penuh sukar ini.