TEXAS: Seorang lelaki dijangkiti Covid-19 seminggu sebelum dia dijadual berkahwin enggan membiarkan penyakit itu merosakkan rancangannya.

Carlos Muniz yang berasal dari Texas berjuang dengan nyawanya di Unit Rawatan Intensif Hospital Methodist San Antonio,nnamun masih mampu mengagahkan dirinya memastikan majlis perkahwinan dengan tunangnya Grace,
berjaya dilaksanakan.

Majlis perkahwinan mereka dihadiri anggota keluarga terdekat dan pekerja hospital.

Carlos dikatakan dijangkiti virus itu seminggu sebelum majlis perkahwinannya dan keadaannya menjadi kritikal sehingga dia diletakkan di dalam ECMO, alat bantuan penafasan sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkannya.

Jururawat Carlos yang mencadangkan dia dan Grace berkahwin di hospital.

Menurut jururarwat tersebut dengan perkahwinan ini semangat Carlos untuk terus hidup berkobar-kobar kerana dia akan memulakan hidup baru dengan Grace apabila sembuh nanti.

Pihak hospital memuat naik video perkahwinan pasangan itu di ICU dengan Carlos berpakaian tuxedo dan pengantin perempuan memakai gaun putih.