HENAN: Seorang lelaki diselamatkan oleh badannya yang obes daripada terjatuh terus ke dalam telaga di kampungnya di Fuliudian, wilayah Henan.

Perutnya yang boyot itu dikatakan menyelamatkannya dari insiden yang lebih buruk. Lelaki berusia 28 tahun itu terperangkap di dalam telaga milik keluarganya selepas melompat pada kayu yang diletakkan di atas telaga untuk menutupnya.

Fotonya yang tidak berbaju dengan tangannya disilangkan tular di media sosial setelah video itu dimuat naik oleh jabatan bomba wilayah itu.

Beberapa pegawai bomba mengikat tali pada bahagian perutnya untuk menariknya keluar dari telaga tersebut.

Lelaki yang dianggarkan seberat 300 ke 500 paun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lui merupakan OKU yang mengalami masalah mental dan dia dikatakan terjatuh ke dalam telaga itu selepas melompat pada kayu untuk menutup telaga tersebut.

Menurut ibu bapa Liu, tujuan telaga itu ditutup adalah untuk mengisi air ke dalamnya.