Tuesday, August 16, 2022

Naik taraf Klinik Ibu dan Kanak-Kanak siap sepenuhnya

Secara Rawak

KUCHING: Projek menaik taraf Klinik Ibu dan Kanak-Kanak di Kampung Pinang Jawa di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah siap sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, projek tersebut penting untuk memudahkan para ibu khususnya di kawasan komuniti yang berdekatan untuk mendapat rawatan kesihatan yang lebih baik dan selesa.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Klinik Ibu Dan Kanak-Kanak Kampong Pinang Jawa Dan Surau Baru Kampung Gita Tengah, pagi semalam.
Dalam pada itu, Fazzrudin turut mengumumkan mengenai peruntukkan tambahan sebanyak RM 120,000 bagi menambah baik lagi klinik tersebut.
Sementara itu, beberapa orang penduduk sekitar yang ditemui dan ditemuramah menzahirkan rasa syukur dengan penambahbaikan yang telah dan akan dilakukan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru