Saturday, October 8, 2022

Hanya maklumat sahih sahaja boleh dikongsi – Awla Dris

Secara Rawak

SIMUNJAN: Masyarakat umum khususnya dari Simunjan diseru agar bijak menilai kesahihan sesuatu, maklumat, laporan atau berita yang tular di media sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, mereka perlu memastikan maklumat yang ingin dikongsikan benar-benar sahih terlebih dahulu serta dari sumber yang betul. 

“Semak dulu baru kongsi, paling selamat, layari media sosial agensi-agensi kerajaan untuk maklumat yang sahih dan tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Simunjan di Dewan Mesra Simunjan pada Rabu.

Tambahnya, Program Merdeka@Komuniti merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta cintakan negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan setiap tahun.

“Pelbagai aktiviti berbentuk kenegaraan turut disusun rapi bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat biarpun dalam suasana norma baharu serta penjarakan fizikal,” jelasnya. 

Semak Dulu Baru Kongsi, Harus Bijak Nilai Kesahihan Maklumat Di Media SosialSIMUNJAN: Masyarakat umum khususnya dari…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Wednesday, August 26, 2020

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru