Saturday, December 3, 2022

Berhati-hati lalui Jalan Landeh-Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Kerja-kerja penggantian pembentung (Culvert Replacement) di laluan utama Jalan Landeh-Kuching telah dimulakan sejak 12 Ogos lepas dan dijangka selesai pada 11 Disember 2020.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan hari ini memberitahu para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di lokasi-lokasi tersebut sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Segala pengurusan trafik untuk keselamatan pula harus dipatuhi terutamanya apabila lorong jalan ditutup sepenuhnya.

Dalam pada itu, pengguna digalakkan untuk menggunakan laluan-laluan sementara yang disediakan sehingga tamatnya kerja-kerja pembaikan ini.

Peta tapak yang berkaitan turut disertakan untuk rujukan para pengguna jalan raya.

Penggantian Pembentungan (Culvert) Di Laluan Utama Jalan LandehKUCHING: Kerja-kerja penggantian pembentung (Culvert…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Wednesday, August 26, 2020

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru