Friday, August 12, 2022

Ahli Parlimen Mukah hulur bantuan kepada mangsa ribut di Rumah Randi Enteba 

Secara Rawak

MUKAH: Nasib lima keluarga Rumah Randi Enteba di Batu 16 Jalan Selangau Mukah, Ulu Kenyana, di sini yang terjejas akibat musibah baru-baru ini mendapat perhatian daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Dato Hanifah Hajar Taib.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah menghulurkan bantuan kepada mereka yang mengalami kerosakan akibat ribut pada 23 Ogos lalu.

Bantuan berupa bahan binaan rumah itu telah diserahkan semalam.

Tuai Rumah Randi berterima kasih kepada Ahli Parlimen itu atas keprihatinan membantu penghuni rumah panjangnya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.58 Balingian, Che Ghazali Arbi mewakili ADUN Balingian menyerahkan bakul makanan kepada 18 pintu di Rumah Randi.

Atas bantuan itu, Tuai Rumah Randi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan nasib mereka.

Hadir sama, dua Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.58 Balingian, Boney Kinsun dan Nule Sabok.

27/8 Mangsa ribut Rumah Randi Enteba dibantuMUKAH: Nasib lima keluarga Rumah Randi Enteba di Batu 16 Jalan Selangau…

Posted by Jiwa Bakti on Wednesday, August 26, 2020

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru