HARBIN: Seekor kucing yang jatuh dari bangunan mengena kepala warga emas yang membawa anjingnya berjalan.

Pesara, Gao Fenghua itu terjatuh dan pengsan di tempat kejadian.

Manakala kucing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakaman CCTV menunjukkan kucing tersebut lari dikejar anjing milik pesara tersebut.

Rakaman video CCTV menunjukkan anjing berbadan besar mendatangi kucing yang nampak ketakutan.

Dalam pada itu orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi ambulans membawa Fenghua ke hospital.

Mangsa cedera pada bahagian tengkuk dan terpaksa ditahan 23 hari di hospital.

Dia juga terpaksa menjalani rawatan fisioterapi.

Hasil siasatan mendapati kucing itu milik Encik Yu, jiran Fenghua.