MUKAH: Program Komuniti OTG (On-The-Go) Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  diadakan di Jeti Kampung Teh, di sini Ahad.

Program tersebut merupakan  inisiatif Pemuda Cawangan N.58 Balingian dan Pemuda PBB Ranting Kampung Teh, Mukah untuk membaik pulih jeti kampung tersebut termasuk bahagian bumbung, tempat duduk dan juga menyimen hadapan jeti.

Sebelum ini, jeti tersebut yang dalam keadaan agak naif digunakan oleh penduduk kampung menghantar jenazah ke tanah perkuburan dan kegunaan lain.

Program dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.58 Balingian, Abdul Yakub Arbi dan Ketua Wanita PBB Cawangan N.58 Balingian, Aimie Kaliew.

Abdul Yakub menyokong usaha pemuda untuk terus aktif dalam masyarakat kerana penglibatan mereka merupakan salah satu komponen dalam masyarakat yang berkualiti dan harmoni.

“Kerjasama membaik pulih jeti ini dihargai untuk kegunaan bersama kelak,” ujarnya.

24/8 Inisiatif Pemuda PBB Balingian baik pulih jeti Kampung TehMUKAH: Program Komuniti OTG (On-The-Go) Pergerakan…

Posted by Jiwa Bakti on Sunday, August 23, 2020