Friday, December 3, 2021

Ceburi bidang pertanian untuk jana pendapatan tinggi 

Secara Rawak

SERIAN: Golongan belia khususnya ahli Jawatankuasa Pertanian Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) diseru untuk menceburi bidang pertanian untuk menempa kejayaan dan melahirkan lebih ramai lagi pengusaha pertanian yang berjaya.

Naib Presidennya, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia juga selari dengan hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam membangunkan industri pertanian moden di seluruh Sarawak.

“Objektif kunjungan ini adalah untuk mempelajari mengenai teknik dan teknologi terkini terutama melibatkan perusahaan durian Musang King, ikan Empurau dan Fertigasi untuk dikongsi dengan golongan belia.

“Kita juga mencari kaedah terbaik bagi menggalakkan golongan belia khususnya Ahli SABERKAS terlibat dalam pertanian selari dengan hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membangunkan pertanian moden seluruh Sarawak,” katanya selepas mengunjungi beberapa taman pertanian di Daerah Serian, Isnin.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan, bahawa penglibatan belia pada masa ini agak berkurangan.

“Kita sedia maklum penglibatan belia dalam pertanian pada masa ini agak berkurangan.

“Pertanian merupakan salah satu sektor yang dapat menjana pendapatan tinggi jika diusahakan dengan baik dan teratur.

“Sekarang ini kita dapat lihat ramai pengusaha bidang pertanian menempa kejayaan dan kita juga mahu lahirkan ramai pengusaha pertanian berjaya dalam kalangan belia SABERKAS,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru